Nama Pengguna
Kata Laluan

Januari 2002
 
 
ICFM desak PBB halang Israel teruskan keganasan
KUALA LUMPUR, Isnin – Sesi Khas Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (ICFM) Mengenai Keganasan yang bermula di sini hari ini, mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan menghalang Israel meneruskan keganasan di Palestin.
 
AS sokong kezaliman: Restu Israel serang rakyat Palestin: PM
KUALA LUMPUR, Isnin – Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap Amerika Syarikat menyokong kezaliman berterusan Israel ke atas rakyat Palestin boleh disamakan dengan tindakan keganasan.Perdana Menteri berkata, Amerika Syarikat mahu dunia menyokongnya menentang keganasan, tetapi malangnya kuasa besar itu sendiri menyokong tindakan kerajaan Israel meneruskan serangan terhadap rakyat Palestin.
 
Yum Ah Ha janji bantu semua kaum
BENTONG, Isnin – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari yang baru, Yum Ah Ha, berjanji memberi perhatian kepada semua kaum dan tidak hanya kepada masyarakat Cina walaupun mereka majoriti penduduk Ketari."Orang ramai tidak kira penyokong Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang boleh datang berjumpa saya bila-bila masa jika menghadapi sebarang masalah.
 
Inktomi perkenal sistem pengurusan maklumat tingkat kecekapan
INKTOMI Corp (Inktomi), memperkenalkan sistem mencapai dan mendapatkan maklumat bagi membantu syarikat dan usahawan tempatan menguruskan sistem maklumat mereka secara lebih cekap dan sistematik.Sistem berkenaan yang dibangunkan oleh Inktomi membenarkan maklumat diuruskan dengan cekap dan dapat disebarkan secara lebih pantas dan teratur.

 

Copyright©2002 Portal ADUN Melaka - All Rights Reserved